
Panduan Pembeli
Proses pembelian rumah impian anda
Daftar minat anda di sini atau berjumpa dengan staff yang mesra di Pejabat Jualan kami.
2. Pemilihan Unit
Unit boleh ditempah selepas membuat bayaran yuran tempahan RM1000.00
3. Perjanjian Jual Beli
Perjanjian Jual Beli (SPA) akan disediakan oleh peguam. Pembeli dikehendaki untuk membuat bayaran pendahuluan semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA).
Bayaran Pendahuluan bergantung pada perbezaan harga rumah dan jumlah pembiayaan.
4. Surat Tawaran Pinjaman Bank/ LPPSA
Selepas kelulusan pinjaman, surat tawaran pinjaman akan dikeluarkan oleh bank atau LPPSA. Jika anda bersetuju dengan terma dan syarat, anda dikehendaki menandatangani dan menyerahkan salinan penerimaan anda dalam masa terdekat.
5. Yuran Guaman
Kos perjanjian untuk Pembiayaan, Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Duti Setem haruslah ditanggung oleh pembeli kecuali dinyatakan sebaliknya.
6. 'Vacant Possesion' dan pengambilan kunci rumah
VP hartanah tersebut boleh dihantar kepada anda tertakluk kepada penyelesaian penuh sebarang bayaran tertunggak.Â
kami akan menasihati anda untuk mengesahkan tarikh pengambilan kunci dan untuk memeriksa hartanah dengan teliti.